Posts

Showing posts from September, 2010

Emas Kembara Sdn Bhd

Image
Emas kembara (EKSB) adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang ingin meneroka pasaran kerja seni ukiran kayu klasik yang berkonsepkan atau berteraskan elemen seni ukir nusantara iaitu Melayu dan Bali. Berhasrat melangkah  lebih jauh, EKSB berusaha sedaya upaya memenuhi kepuasan pelanggan dan memberi komitmen untuk hasil kerja yang terbaik. Bagi menghasilkan kerja-kerja seni pertukangan kayu yang kreatif, EKSB mempunyai tenaga kerja yang pakar disamping memberi peluang kepada pemilik rumah untuk memberikan gaya sentuhan yang tersendiri. Kami mengutamakan kehendak pelanggan dalam setiap tempahan yang dibuat, oleh itu pihak kami lebih suka berhubung terus dengan para pelanggan melalui telefon atau bersua muka, dengan cara ini ianya menjadi lebih mudah untuk kami menerangkan tentang khidmat pertukangan dan reka bentuk dan juga boleh bertukar-tukar idea tentang reka bentuk yang ingin di tempah oleh pelanggan. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang ma

Ukiran Kayu Klasik

Image
Pengenalan Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat di Kepulauan Nusantara. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas di Malaysia dan Indonesia, kedua-dua buah negara ini merupakan negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam blog ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu dan masyarakat bali di Indonesia. Sejarah Ukiran Kayu Tradisional Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi yang terulung.  Dalam  Nusantara sejarah seni ukir terdapat catatan-catatan sejarah di mana dikatakan seni ukiran ini telah ada sejak lebih 600 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu di nusantara sudah memberi perhatian yan

Jenis-jenis Kayu Dan Kesesuaiannya

Image
Terdapat berberapa jenis kayu yang sesuai untuk di buat ukiran, dalam blog ini kami akan memberi anda berberapa panduan anda memilih jenis-jenis kayu yang sesuai mengikut lokasi anda. Contoh: a. Sekiranya rumah anda berada di atas bukit yang bercuaca sejuk seperti di cameron highland atau di bukit fraser, jenis kayu-kayu ialah: Atap:  Kayu Ulin,  Kayu Jati.  Dinding:  Kayu Merbau,  Kayu Bingkarai,  Kayu Jati.   Pintu Dan Tingkap: Kayu Nyatoh,  Kayu Merbau,  Kayu Jati. Lantai: Kayu Jati Kayu Bingkarai b. Untuk rumah di tepi pantai bahan kayu yang dipilih mestilah berkadar air rendah kerana udara di kawasan pantai panas dan lembap, jenis-jenis yang sesuai ialah: Atap:  Kayu Jati Dinding: Kayu Bingkarai Kayu Jati Pintu Dan Tingkap: Kayu Nyatoh Kayu Jati Lantai: Kayu Bingkarai Kayu Jati c. Bagi rumah di kawasan bandar, terdapat berberapa jenis kayu yang bergrade tinggi boleh dipilih, antara jenis-jenisnya ialah: Atap: Kayu Ulin Kayu Jati Dinding: Kay

Kerja-Kerja Seni Ukiran Kayu

Image
Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul kayu dan paling penting pahat. disini di tunjukan cara-cara ukiran kayu dijalankan.

Hasil Kerja Menggunakan Teknik Tanggam

Image
Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu