1.12.10

Pemasangan Tangga Kayu (Hand Rail)

Pemasangan Tangga Kayu yang diukir daripada kayu cengal dengan corak tradisi Bali. Ukiran perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan ukirannya betul-betul mengikut cita rasa pelanggan.

Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang maklumat dan temu janji di talian: 
 Rizalfitri - 012-326 6225 


 



ukiran kayu klasik sentuhan kreatif pemilik.

29.9.10

Emas Kembara Sdn Bhd


Emas kembara (EKSB) adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang ingin meneroka pasaran kerja seni ukiran kayu klasik yang berkonsepkan atau berteraskan elemen seni ukir nusantara iaitu Melayu dan Bali.

Berhasrat melangkah  lebih jauh, EKSB berusaha sedaya upaya memenuhi kepuasan pelanggan dan memberi komitmen untuk hasil kerja yang terbaik.

Bagi menghasilkan kerja-kerja seni pertukangan kayu yang kreatif, EKSB mempunyai tenaga kerja yang pakar disamping memberi peluang kepada pemilik rumah untuk memberikan gaya sentuhan yang tersendiri.

Kami mengutamakan kehendak pelanggan dalam setiap tempahan yang dibuat, oleh itu pihak kami lebih suka berhubung terus dengan para pelanggan melalui telefon atau bersua muka, dengan cara ini ianya menjadi lebih mudah untuk kami menerangkan tentang khidmat pertukangan dan reka bentuk dan juga boleh bertukar-tukar idea tentang reka bentuk yang ingin di tempah oleh pelanggan.

Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang maklumat dan temu janji di talian:


 Rizalfitri - 012-3266225

Ukiran Kayu Klasik


Pengenalan

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat di Kepulauan Nusantara. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas di Malaysia dan Indonesia, kedua-dua buah negara ini merupakan negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam blog ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu dan masyarakat bali di Indonesia.

Sejarah Ukiran Kayu Tradisional

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi yang terulung.  Dalam  Nusantara sejarah seni ukir terdapat catatan-catatan sejarah di mana dikatakan seni ukiran ini telah ada sejak lebih 600 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu di nusantara sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut.


Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran tukang kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Bentuk Bujang

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntum bunga ataupun putik buah.

Bentuk Pemidang

Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-belit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran patung kayu

Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Jenis-jenis Kayu Dan Kesesuaiannya


Terdapat berberapa jenis kayu yang sesuai untuk di buat ukiran, dalam blog ini kami akan memberi anda berberapa panduan anda memilih jenis-jenis kayu yang sesuai mengikut lokasi anda.


Contoh:

a. Sekiranya rumah anda berada di atas bukit yang bercuaca sejuk seperti di cameron highland atau di bukit fraser, jenis kayu-kayu ialah:

Atap: 
  1. Kayu Ulin, 
  2. Kayu Jati. 
Dinding: 
  1. Kayu Merbau, 
  2. Kayu Bingkarai, 
  3. Kayu Jati. 
 Pintu Dan Tingkap:
  1. Kayu Nyatoh, 
  2. Kayu Merbau, 
  3. Kayu Jati.
    Lantai:
    1. Kayu Jati
    2. Kayu Bingkarai
    b. Untuk rumah di tepi pantai bahan kayu yang dipilih mestilah berkadar air rendah kerana udara di kawasan pantai panas dan lembap, jenis-jenis yang sesuai ialah:

    Atap:
    1.  Kayu Jati

    Dinding:
    1. Kayu Bingkarai
    2. Kayu Jati
    Pintu Dan Tingkap:
    1. Kayu Nyatoh
    2. Kayu Jati
    Lantai:
    1. Kayu Bingkarai
    2. Kayu Jati
    c. Bagi rumah di kawasan bandar, terdapat berberapa jenis kayu yang bergrade tinggi boleh dipilih, antara jenis-jenisnya ialah:

    Atap:
    1. Kayu Ulin
    2. Kayu Jati
    Dinding:
    1. Kayu Merbau
    2. Kayu Bingkarai
    3. Kayu Jati
    Pintu Dan Tingkap:
    1. Kayu Nyatoh
    2. Kayu Merbau
    3. Kayu Jati
    Lantai:
    1. Kayu Bingkarai
    2. Kayu Jati
    Disini kami berikan berberapa contoh ukiran-ukiran kayu untuk anda lihat, bertapa halusnya ukiran yang dibuat menggunakan berberapa jenis kayu yang bergrade tinggi.

    6.9.10

    Hasil Kerja Menggunakan Teknik Tanggam

    Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu